Friday, November 19, 2010

reading side


Pagi yang indah. saya suka sebab dapat baca buku yang sangat bermakna. setelah sekian lama mencari buku tersebut. aku mengambil masa selama tiga hari membaca buku tersebut. usaha punya usaha akhirnya berjaya sebab bukan senang nak baca buku bahasa asing ni.

The Seven Habits of Highly Effective People
by Stephen R. Covey

Syok sangat. apa yang boleh aku simpulkan lepas baca buku ni.
"Iman yang kuat dapat melahirkan mental, emosi dan rohani yang mantap sehingga seseorang mampu menolak kekalahan yang dialami. oleh sebab tu, aku bearazam. aku tak nak mengaku kalah lagi dalam kehidupan"


Apabila kita fikir kita lelah, maka kita akan berasa lelah,
Apabila kita fikir kita tidak berani, Maka kita tidak berani,
Apabila kita mahu menang, tetapi berfikiran kita tidak mampu,
kita hampir pasti tidak menang,
Apabila kita fikir kita kalah, maka kita sudah kalah,
kerana di dunia luar kita mendapati
Kejayaan bermula dengan kemahuan seseorang,
Semua itu ada dalam fikiran
Perjuangan hidup tidak selalunya mendatangi
orang yang lebih kuat dan cepat
Tetapi cepat ataupun lambatnya orang yang menang itu
Adalah orang yang berfikir dia mampu menang

~Norman Vincent Peale~


1 comment:

  1. Kejayaan bermula dengan kemahuan ..... teruskanlah dengan kemahuan itu

    ReplyDelete