truely from my heart..
chapter 1 ( cantik x lukisan nih?hheheeheh..lyn je ek..boring..)
(chapter 2)*payah gak lukis bende nih..maklumlah lame dh x pegang seni mcm nih*
-renung2kan n selamat beramal-
"Dia mencintai mereka dan mereka mencintai-Nya" (Surah Al-Maidah: 54)
Mari kita perhatikan kehormatan Ali Bin Talib yang merupakan mahkota yang bersemayam di atas kepalanya: seseorang yang mencintai Allah dan rasul-Nya dan dicintai oleh Allah dan Rasul-Nya. Ada seorang sahabat Baginda Rasul yang sangat senang membaca:"Qul huwallahu Ahad." Bacaan itu selalu diulang-ulangnya dalam setiap rakaat, selalu dibaca dalam zikirnya, selalu diucapkannya, selalu diingat untuk menyegarkan hatinya dan untuk menggerakkan anggota tubuhnya. Baginda Rasul bersabda:' Kecintaanmu padanya akan membuatmu masuk syurga'.
Alangkah indahnya dua rangkap puisi yang pernah saya baca dahulu, dalam riwayat hidup seorang ulama:
Jika cinta orang yang mabuk cinta kepada Laila dan salma
sudah merampas hati & fikiran
Lalu apa yang dilakukan oleh orang yang mabuk cinta
yang di dalamnya mengalir rasa cinta, kepada Yang Maha Tinggi?
Cerita cinta Majnun terhadap Laila menunjukkan bahawa Majnun akhirnya dibunuh oleh cintanya sendiri kepada Laila; Qarun dibunuh oleh cintanya kepada harta benda , Fir'aun dibunuh oleh cintanya kepada kedudukan, tetapi Hamzah, Jaafar dan Hanzalah mati kerana cinta mereka kepada Allah..
Sejauhmanakah cintaku padaMu Ya Allah..(bingkisan hati si pecinta)
p/s sorry ek xnampak sgt pic tu..xpandai lh nk adjust srh bsr ckit..
No comments:
New comments are not allowed.