Tuesday, September 27, 2011

Takdir yg membawaku ke sana..

Suatu saat tggal 9 mei iaitu hr isnin ozey telah ditakdirkan untuk menjalankan latihan praktikum di sebuah sekolah iaitu Rantau High School (SMK Rantau).. hr tu merupakan kali ptama kakiku menjejakkan kaki ke sekolah tsebut..my feeling..fuhh..klu blh d ungkapkan umpama kaki x tpijak ke bumi..ase bjln ats langit je..dlm otak fikiranku yg geliga ni asyik fakir cmne lah pnerimaan student baruku nti..bese r..org ckp..ckgu baru salu kene buli lg2 la ckgu yg “single” macam ozey..msuk je pg tu trus g jumpe pgetua..so bebanyak time kasih r kat pngetua yg baik hati tu (credit to: Pn.Hajah Siti Ruhana à pengetua cemerlang)..ckp punye ckp..tp ozey ttp diam..die tnye dh sedia ken k jumpe student..ozey jwb “insyaAllah..innallahu ma’ana..sorg doctor klu ggl operation, boleh bnuh satu nyawa..tp klu ckgu ggl mgajar blh bnuh satu generasi..” pergh..mase tu..statement yg simple tu blh plak jd speech pngetua mase smbutan hr guru..pastu g r ikut pngetua g tapak phimpunan..then knlkan diri ngn guru2 n student..mak ai..mase tu..tkojut den nengok majority student dr kaum India..yg Melayu..seciput jo..tp..xpe r..dlm hati kecilku..”xpa na..14 mggu ni comfirm terer ckp India”..hahahaha.. mase tu aku kenai ngn 2 org ckgu praktikum dr UPM..(credit to: kak nadia n kak iela)àlove u 2..deorg best..sporting even ozey muda dr deorg tp..usia x mghalang keakraban kami..ermm..1st day dpt jadual..dpt kls (1 Alpha & 1 Beta = 1 Magnificant) and (2 Alpha & 2 Beta = 2 Stereo)..ala..yg hujung tu saje ozey yg bg name tu..tp hr 1st xsempat masuk 1 Magnificant..just sempat go on with 2 stereo..huhuhu..mase msuk kls tu..panic xtahu nk ckp pe..”teringat kata2 mr caterpillar : hr 1st kene tunjuk ketegasn..jgn senyum”..hahahaha..poyo nye..

Friday, March 11, 2011

Wajah Yang Menyenangkan


the aim of life is 2 live, n 2 live means 2 b aware, joyously, serenely,
divinely aware


Persepsi kita terhadap orang yang kita temui bargantung pada wajahnya. Daya tarikan pada wajah seseorang itu bukanlah terletak pada kacantikan & kekacakkan semata-mata. walaupun manusia berbeza-beza daripada paras rupa tetapi perasaan terhadap seseorang itu lahir dari dalam sanubari kita. Apabila bertemu dengan seseorang, kita akan membuat penilaian menerusi perasaan kita terhadapnya seperti suka, rasa mesra, segan silu, manis, lembut, ayu, sombong dan sebagainya. Jadi, apakah yang mempengaruhi perasaan kita terhadap seseorang? sedikit tips untuk mendapat wajah yang menyenangkan orang yang melihat kita. Antaranya;

NIAT YANG IKHLAS

kita perlu memasang niat dalam semua hal yang kita lakukan sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w
"Sesunguhnya setiap perbuatan itu adalah dengan niat dan sesungguhnya bagi setiap manusia itu balasan apa yang telah diniatkan"
secara saintifiknya pula, orang yang berniat baik dan ikhlas akan mengeluarkan tenaga positif yang terpancar melalui getaran atau gelombang yang hanya dirasai dengan gerak hati atau intuisi. wajah orang yang positif dirasakan menarik, bersih, lembut, manis dan sebagainya. orang yang mendampinginya akan merasakan aura tersebut. oleh sebab itu, jagalah niat kita bertemu dengan seseorang kerana boleh terpancar pada wajah kita.


SENYUMAN

senyuman yang tulus ikhlas dapat menghangatkan jiwa yang menerimanya. ia boleh menjadi penawar dan ibadah, malah turut menceriakan dan memaniskan penampilan kita. apabila kita senyum dengan niat kerana Allah s.w.t, ia jadi sedekah ibadah. senyuman mampu menjadi penawar kepada penyakit rohani yang kronik. orang yang selalu senyum akan dapat mengeluarkan endorphin dalam badan yang mampu menimbulkan rasa lega, selesa dan ceria. kesan senyuman dapat menimbulkan rasa gembira kepada orang yang melihatnya. senyuman yang ikhlas akan meresap dalam kalbu yang paling dalam.

WAJAH CERIA

keceriaan adalah anugerah Allah s.w.t yang tidak terhingga kepada manusia. ia berpunca dari lubuk hati yang bersih dan suci. rasa senang dan bahagia menimbulkan wajah yang ceria. ia merupakan satu kebaikan yang perlu diambil perhatian sebagaimana hadis Rsulullah s.a.w
"janganlah kamu memandang remeh terhadap segala kebaikan, walaupun hanya sekadar kamu berjumpa dengan saudaramu dengan wajah yang ceria"
alangkah senangnya hati kita melihat orang yang ceria. wajah orang yang ceria dapat menghiburkan orang lain.

KATA-KATA YANG MENYENANGKAN

Manusia sangat senang dengan kata-kata pujian dan penghargaan. Ia dapat memotivasikan orang yang menerimanya. ucapan yang baik dengan penuh kemesraan dapat memikat hati orang yang mendengarnya. oleh itu, rahsia orang yang hebat ialah apabila dia dapat mengeluarkan kata-kata yang menyenangkan hati orang lain.

PENAMPILAN YANG MENARIK

persepsi orang yang melihat kita banyak bergantung pada pakaian. hal ini kerana identiti seseorang banyak bergantung pada pakaian. manusia sangat senang melihat wajah kita jika kita berusaha mengubah diri menjadi yang terbaik. kemantapan dari segi fizikal, emosi dan spiritual harus seimbang supaya kita disayangi Allah s.w.t dan berjaya menawan hati orang. jika kita memberi kebaikan, kita juga akan menerima pulangan yang sama iaitu kebaikan.


nota hati: buat si dia yang mungkin terasa hati pada saya, demi Allah..saya minta maaf banyak-banyak.saya suka awak. saya sunyi bila kita "lost contact"..i'm sorry!!

Sunday, February 6, 2011

laughter, The best medicine??



Hepi sungguh.lucu.funny.terhibur.saat macam ni aku teringat pulak kisah si ulat bulu.comei sungguh.muka cute dah tp tkt ult bulu.memory kat kem ulu yam mmg sukar utk dilupakan. mcm2 berlaku.1st, group LOTUS yg sentiasa ceria & menggelikan hati. sungguh hepi masuk group tu..2nd, si ulat bulu..hehehehe..3rd,main rakit:aktvti
dlm air:jungle tracking:night walking..pape pun Lotus terbaik woo..yg pahitnye kene gigit ulut bulu..tmakbul plak ye doa si ulat bulu..pahit pun ada penawar..hehehhehe..utk member2 group LOTUS..saya nak hadiahkan cteR lwk ni kat u'all..thanks for the supporting!! sayang kamoo!!




::Group LOTUS::
::PERKHEMAHAN PERPADUAN SEKRETARIAT RUKUN NEGARA::

Quack Me Up

Funny:A rabbit and a duck went out to dinner. who paid?
(The duck-he had the bill)

Funnier:
A duck walks into a bar. "We don't serve ducks here,"says the bertender.
("that's OK. I just want a drink")

Funniest:
What's the difference between a duck with one wing and a duck with two wings?
(Why? that's a matter of a pinion)

Why is Cinderella bad at sports?
(Because she has a pumpkin for a coach, and she runs away from the ball)

story 1: on the way to a gig, a juggler is stopped by the police. 'What are those machetes doing in your car?' asks the officer. 'I use them in my act'. 'Oh, yeah? says the doubtful cop. "lets see". The juggler starts tossing and catching the deadly blades. "OMG" says a passing driver to his passengers. "I'm glad I quit drinking and driving. Look at the test they're giving you now."

story 2: "A hamburger and fries" a man orders. "me too," says the ostrich sitting beside him. "that'll be $9.40," the waitress says. The man reaches into his shirt pocket and hands her the exact change. They return the next day. Both order a steak and again the man pay with exact change. "how do you do that?" the waitress asks. "A genie granted me two wishes," explains the man. "My first was that I'd always have the right amount of money to pay for anything". "Brilliant!! But what's with the ostrich?" "My second wish was for an exotic chick with long legs who agrees with everything I say."

Friday, February 4, 2011

*law of attraction-----L_V_*


Salam..buat follower blog i yg xsberapa ni..i'm so sorry..coz lately buzy sgt dgn kerja2 yg insyaAllah bmanfaat buat khdupan..i ade sdkt pkongsian yg xseberapa ni buat kalian..hopefully pnulisan i ni bjaye yea..jgn lupa komen..okeyh..thats all about LAW OF ATTRACION...kenapa saya tgerak nak tulis benda ni..sbb...ade sekolmpok manusia btnye kpd sye.."awk ni x pnh ade masalah ke?hepi je memanjang..xlekang2 senyuman d bibir, awet mude ea.....ptt lh ramai kwn"...hhehehehehe..truly lah..sy mmg suka suasana hepi..mmg diakui sy mmg suka hepi..tp xtau lh..sjak dr kcik mmg dh hepi kot...kuikuikuikui..mslh?? mmg ade tp ase2nye..jrg sy akn tunjukkan mlalui ekspresi muka..even pbuatn..sy akn luahkan mslah sy mase bdoa kpd Yang Esa..pas bdoa tu kan..wpun kte xtau ksudahannya..hati kita akn tenang..xpcaye?? try lh..omg..wpunsy still sing_e lg..nk ckp r serba sdkt bende ygsy nk share..org ckp sharing is loving..suke2..


low oF attRactiOn

Jadilah orang yang baik, nanti kita akan menarik kebaikan.
sebab...
segala kebaikan akan datang kepada kita seperti besi yang tertarik kepada magnet.
bukti....
org ckp kalau kita murah dengan senyuman, kita akan murah rezeki.
xcaye lagi????
lihat lah peniaga di pasa malam yang ramah & mesra +senyuman mesra,
kedainye sering mendapat kunjungan orang.
senang je...
minda kita kene positif.
caranye??
1) orang yang positif akan dapat melihat sisi yang positif pada diri orang lain.
Who you are determine how you see
2) orang yang positif akan fokus kepada penyelesaian bukan permasalahan
sesiapapun akan nampak permasalahn tetapi hanya orang ang positif akan nampak penyelesaiannya. then org yang positif akan menyerang punca masalah, bukan orang yang bermasalah
tp..
cmne nk kekal positif???
as my opinion...
1) berilah alasan utknya
~tak kira sama ada alsan itu benar @ tidak ttp andaikanlah alsan2 yang myebabkan mreka bbuat demikian..
for example...
jika kita senyum pd seseorg ttp xde respon dr die +muka msm..
kita andaikan die keletihan..sakit & sbgnya..
btul x?
2) konsisten dlm berdoa..
ni yg paling penting..saya pernah menasihati seseorg supaya sntiasa bdoa ats ssbuah hubungan..hopefully lah..die sntiasa mdoakan kbhagiaan hdp sy..:-P
doakan diri kita dan pasangan kita cis ade ker psngan??
sbb
Doa "meneutralkan" semula aura negatif yang yelubungi jiwa kita.
Hukama ada mengatakan..
"terhalangnya kita daripada berdoa adalah lebih bahaya drpd x mkbulnya doa kita itu"
mengapa?
apb kita berdoa,
kita umpama insan negatif yang pnuh racun @ toksik. kata2 kita beracun, pmikiran kita beracun & pbuatan kita pun beracun.
racun itu bukan shj boleh m'musnahkan org lain ttp ia juga akn memusnahkan diri kita sendiri.
jadi..
AYUH!!
berilah ransangan yang positif.
kuatkan kembali daya tarikan dalam hubungan kita.
dalam menabur bibit kebaikan, jgn mengharapkan hasil yang segera,
jgn dicemari racun prasangka durjana,
dan yang paling penting...
jangan lupa utk bERDOA..
kembalikan daya tarikan dalam phubungan..
bukankah simfoni cinta dalam sesebuah phubgan itu indah?
ttp jika tiada lagi keindahannya..
apakan itu masih CINTA????

Friday, November 19, 2010

reading side


Pagi yang indah. saya suka sebab dapat baca buku yang sangat bermakna. setelah sekian lama mencari buku tersebut. aku mengambil masa selama tiga hari membaca buku tersebut. usaha punya usaha akhirnya berjaya sebab bukan senang nak baca buku bahasa asing ni.

The Seven Habits of Highly Effective People
by Stephen R. Covey

Syok sangat. apa yang boleh aku simpulkan lepas baca buku ni.
"Iman yang kuat dapat melahirkan mental, emosi dan rohani yang mantap sehingga seseorang mampu menolak kekalahan yang dialami. oleh sebab tu, aku bearazam. aku tak nak mengaku kalah lagi dalam kehidupan"


Apabila kita fikir kita lelah, maka kita akan berasa lelah,
Apabila kita fikir kita tidak berani, Maka kita tidak berani,
Apabila kita mahu menang, tetapi berfikiran kita tidak mampu,
kita hampir pasti tidak menang,
Apabila kita fikir kita kalah, maka kita sudah kalah,
kerana di dunia luar kita mendapati
Kejayaan bermula dengan kemahuan seseorang,
Semua itu ada dalam fikiran
Perjuangan hidup tidak selalunya mendatangi
orang yang lebih kuat dan cepat
Tetapi cepat ataupun lambatnya orang yang menang itu
Adalah orang yang berfikir dia mampu menang

~Norman Vincent Peale~


Saturday, November 13, 2010

instrumen cintaku

Dear Diaries

"Bagaimana keadaan sang pencinta?"
Tanya seorang lelaki.
Kujawab, "Jangan bertanya seperti itu sahabat. Apabila engkau menjadi
seperti aku, tentu engkau tahu.
Ketika dia memanggilmu,
engkau juga memangilnya".
~ rumi~

Satu malam aku membaca sebuah buku mengenai khasiat asmaul husna yang ditulis oleh Sulaiman AlKumayi. Aku cukup tersentuh apabila membaca isi kandungan buku tersebut & tergerak hatiku untuk berkongsi apa yang aku perolehi dari hasil pembacaan buku tersebut. salah satunya mengenai Inspirasi al-Wadud iaitu alah satu nama Allah yang mempunyai maksud Yang Maha Mengasihi. Idealnya, siapa saja yang berkenalan dengan Allah sebagai al-Wadud, secara tidak langsung jiwa kita akan mengingati Allah dalam hati dan fikiran. Aku begitu kagum dengan cinta Rabi'ah al-Adawiyah kepada Allah kerana cintanya hanya untuk Allah dan dia tidak memadu cinta dengan selainnya. Katanya:

Ya Allah
Aku berlindung padaMu
daripada hal-hal yang memalingkan aku dariMu
dan daripada setiap halangan
yang menghalangMu dariku.

Oh kekasihku,
tidak ada
yang aku harapkan selainMu
Limpahkan rahmatMu
pada mereka yang datang menghadapmu.

Oh harapan
ketenteraman dan kebahagiaan hatiku
hatiku hanya padaMu jua.

Ya Allah, ya tuhanku
bintang-bintang sedang bersinar
orang-orang tertidur lelap
raja-raja menutu pintu istana
kekasihku menyepi
namun aku tetap berdiri di hadapanmu

Ya Allah
malam sudah berlalu
dan siang sudah hilang
andai malam selalu datang
tentu aku bahagia
demi keagunganmu,
inilah kebiasaan yang aku lakukan
Demi kemuliaanmu
walaupun engkau tolak apabila menanti di depannya
kerana hatinya terpaut padaMu

Cantikkan kata-kata daripada seorang yang benar-benar tulus hatinya pada Yang Esa. persoalannya mampukah cintaku setanding dengan cinta yang hebat itu. mampukah rinduku menandingi kerinduan yang agung itu???? Tiba-tiba aku teringat dengan sebuah syair yang berbunyi...

Dalam batin, kau derhaka padanya
tapi dalam lahir kau nyatakan cinta suci
Sungguh, sangat pelik gejala ini
andaikan cintamu tulus dan sejati
yang dia perintahkan tentu engkau taati
sebab taat pada yang dicinta bererti
patuh dan berbakti

Lewat cintalah semua yang pahit menjadi manis
lewat cintalah semua yang tembaga menjadi emas
Lewat cintalah semua yang mendap menjadi anggur murni
Lewat cintalah semua yang sedih menjadi ubat
Lewat cintalah semua yang mati menjadi hidup
Lewat cintalah raja menjadi hamba

Cantik kan aturan hidup dan peranan cinta. sekiranya cinta ini yang ku cari selama ini aku bersujud padaMu Ya Allah. wahai diari, dengarkanlah sedikit bisikan cintaku ini:

Hanya kau yang kupilih, di antara segala isi dunia
akankah kau biarkan aku duduk berduka?
hatiku tak lain umpama pena di celah jari-jarimu,
kaulah penyebab gembira dan sedihku
selain daripada yang kau inginkan, apa pula kudapat?
selain daripada yang kau tunjukkan, apa pula yang kulihat?
dalam diriku terkadang tumbuh duri,
terkadang tumbuh mawar
dan kucium bau mawar dan kucabut duri,
kalau memang kau biarkan aku begitu, begitulah aku
kalau kau biarkan aku begini, beginilah aku
Dalam jiwa tempat kau mencelup warna
siapa pula aku, apa gerangan cintaku dan benciku?
Kaulah yang pertama dan yang terakhir, jugalah kau nanti
yang menjadikan penghabisanku lebih bermakna daripada awalku.
apabila kau sembunyi, akulah kafir,
apabila kau maujud, aku setia.
Aku tak memiliki apa pun selain yang kau berikan padaku,
apa pula yang kau cari di sebalik dada dan lengan bajuku???
~ rumi ~


Tuhan, jadikanlah aku instrumen kasihmu
Di mana ada kebencian - biarkan aku menebar cinta
Di mana ada kelukaan hati - biarkan aku menjadi penghibur
Di mana ada keraguan - biarkan aku menyebar keyakinan
Di mana ada putus asa - biarkan aku menyebar harapan
Di mana ada kesedihan - biarkan aku berkongsi kebahagiaan
Di mana ada kegelapan - biarkan aku memberi cahaya
~ ozey roza ~



Tuesday, November 9, 2010

bisikan si 'sunyi'


Dalam kesunyian hatiku ku yang fanaa ini, tergerak jari jemariku untuk meluahkan apa yang aku renung n fikir selama ini..aku sering mencari kebebasan tetapi kebebasan sering mengasingkan diri dariku..hemm..what can i do..ada hikmah kot..huhuhuuhu..tadi aku tduduk kat depan koridor..sunyi....sungguh sunyi..bunyi cengkerik pun tidak kedengaran..hanya bulan yang terang menerangi kesepian malam..bulan..bulan..bulan..memang cantik..tapi.....sudikah bulan menjadi teman tatkala aku kesunyian begini..emm..ntah lah..jiwa kosong..omg betul lah..kahkahkah..now..i just write somethin' about...

"moon @ bulan"


my mom said " jadilah seperti bulan wahai anakku". aku terfikir2 mengenainya..sekarang barulah aku mengerti..

jadilah seperti bulan kerana cahayanya menjadi pendamai, menyenangkan hati manusia, menghiasi malam kelam menjadi indah, kerana ia memantulkan cahaya matahari.

Aku paling suka tengok bulan mengambang. aku merasakan seperti itulah makhluk terindah di dalam dunia yang pernah aku lihat. cantik, berseri dan sinarannya menyenangkan. namun ada sesuatu yang besar aku dapati semasa aku memerhatikan bulan yang sangat 'cute' itu.

1st: bulan yang hodoh (sorry moon)
*Bulan. walaupun amat indah tetapi hakikatnya ia merupakan makhluk yang tidak mempunyai kehidupan di dalamnya. tidak mempunyai air,tiada oksigen, berwarna kelabu hodoh, penuh berdebu dan banyak jerawat..ops!!!! correction lekak-lekuk. hakikatnya, bulan langsung x menarik pun..tapi kan..kenapa kita sering terpukau dengan bulan lebih2 lg time bulan tu tengah mengambang??????***pelik & garu kepala***hehehehehe..pastu aku terdengar kata hatiku berbisik ~cahayanya lah wei..ang ni..ketuk baru tau~~~~~lalalalalala...

2nd: topiknya *ASAL CAHAYA BULAN*
Dari mana asalnya cahaya bulan????? jeng..jeng..jeng...semua orang tahu punye..masakan tidak baby yang baru pandai bercakap pun tau..cahaya bulan yang indah pada malam hari ketika ia sedang mengambang..semua orang akan fall in love ..sbb nya ada cahaya matahari..cahaya matahari yang dipantulkan oleh bulan membuatkan dirinya berkilauan, mencuri hati si pujangga termasuklah ehem2..ehem2 pun kadangkala akan terpana dengan keindahan bulan..lembut, menyenangkan dan menghilangkan gundah. bulan yang kurang cantik tadi menjadi pendamai, menyenangkan hati manusia, menghiasi malam kelam menjadi indah, menyejukkan mata yang melihat sebabnya bulan memantulkan cahaya matahari..best kan..kan..kan..so...

3rd: Jadilah seperti Bulan...
hakikatnya kan kita ni perlu ambil pengajaran daripada bulan. yelah kan..kita ni banyak kekurangan..kita hodoh dan buruk pada hakikatnya di hadapan Allah S.W.T. sangat kerdil, lemah dan hina. tapi...apa sebenarnya yang menjadikan seseorang insan itu benar2 mulia??
ISLAM. thats right!!!!!kita tengok Rasullullah s.a.w. Baginda orangnya miskin, pakaian pun sederhana, rumah kecil. tapi kenapa Rasullullah s.a.w amat menyenangkan??kenapa sesiapa yang melihatnya akan terus jatuh cinta dan tertawan??kelebihannya pada akhlak yang sangat halus dan memiliki peribadi yang sangat indah. Dan peribadi tersebut lah yang menjadi pantulan kepada hakikat sebenar ISLAM. Subhanallah....

JAWAPAn yang aku cari ialah...ISLAM ITU ADALAH MENTARi Kehidupan..best kan..patutlah kita perlu memerhati kejadian alam..ni rupanya hikmahnya...lets see peranan matahari..cahayanya terang gemilang dan menjadi sumber tenaga dalam kehidupan di seluruh bima sakti. matahari memberi cahaya kepada bulan. pantulan cahaya nya yang cantik lah yang memberi hidup yang indah kepada bulan sehinggakan bulan boleh memukau setiap pandangan manusia. thats exactlay like the role of Islam. Islam menjadi sumber tenaga kepada kehidupan kita. membuatkan kita kuat walaupun dugaan selalu je ade kat kita sebab Allah s.w.t selalu ada di sisi kita. Islam memberi pantulan cahaya dalam kehidupan kita tapi masih lagi ramai yang kurang jelas tentang cahaya hidup masing2..

"Bulan, jika tidak memantulkan cahaya mentari, ia hanya makhluk hodoh yang buruk. begitulah manusia, apabila tidak memantulkan Islam dalam kehidupannya, hanya akan menjadi mereka yang rugi."

tapi...layak ke aku ni menjadi hamba MU yang sebenar2nya ya Allah..mampukah diriku ini bersinar indah di hadapan Ar-Rahman....hati kecilku meronta-ronta..begitu jahil diriku ini..kerdil..kepastian ini ke yang menjadi penyeri hidupku..andai itu takdirnya..aku pasrah dan redha akan ketentuan Ilahi..ku bersujud padaMU...