Friday, March 11, 2011

Wajah Yang Menyenangkan


the aim of life is 2 live, n 2 live means 2 b aware, joyously, serenely,
divinely aware


Persepsi kita terhadap orang yang kita temui bargantung pada wajahnya. Daya tarikan pada wajah seseorang itu bukanlah terletak pada kacantikan & kekacakkan semata-mata. walaupun manusia berbeza-beza daripada paras rupa tetapi perasaan terhadap seseorang itu lahir dari dalam sanubari kita. Apabila bertemu dengan seseorang, kita akan membuat penilaian menerusi perasaan kita terhadapnya seperti suka, rasa mesra, segan silu, manis, lembut, ayu, sombong dan sebagainya. Jadi, apakah yang mempengaruhi perasaan kita terhadap seseorang? sedikit tips untuk mendapat wajah yang menyenangkan orang yang melihat kita. Antaranya;

NIAT YANG IKHLAS

kita perlu memasang niat dalam semua hal yang kita lakukan sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w
"Sesunguhnya setiap perbuatan itu adalah dengan niat dan sesungguhnya bagi setiap manusia itu balasan apa yang telah diniatkan"
secara saintifiknya pula, orang yang berniat baik dan ikhlas akan mengeluarkan tenaga positif yang terpancar melalui getaran atau gelombang yang hanya dirasai dengan gerak hati atau intuisi. wajah orang yang positif dirasakan menarik, bersih, lembut, manis dan sebagainya. orang yang mendampinginya akan merasakan aura tersebut. oleh sebab itu, jagalah niat kita bertemu dengan seseorang kerana boleh terpancar pada wajah kita.


SENYUMAN

senyuman yang tulus ikhlas dapat menghangatkan jiwa yang menerimanya. ia boleh menjadi penawar dan ibadah, malah turut menceriakan dan memaniskan penampilan kita. apabila kita senyum dengan niat kerana Allah s.w.t, ia jadi sedekah ibadah. senyuman mampu menjadi penawar kepada penyakit rohani yang kronik. orang yang selalu senyum akan dapat mengeluarkan endorphin dalam badan yang mampu menimbulkan rasa lega, selesa dan ceria. kesan senyuman dapat menimbulkan rasa gembira kepada orang yang melihatnya. senyuman yang ikhlas akan meresap dalam kalbu yang paling dalam.

WAJAH CERIA

keceriaan adalah anugerah Allah s.w.t yang tidak terhingga kepada manusia. ia berpunca dari lubuk hati yang bersih dan suci. rasa senang dan bahagia menimbulkan wajah yang ceria. ia merupakan satu kebaikan yang perlu diambil perhatian sebagaimana hadis Rsulullah s.a.w
"janganlah kamu memandang remeh terhadap segala kebaikan, walaupun hanya sekadar kamu berjumpa dengan saudaramu dengan wajah yang ceria"
alangkah senangnya hati kita melihat orang yang ceria. wajah orang yang ceria dapat menghiburkan orang lain.

KATA-KATA YANG MENYENANGKAN

Manusia sangat senang dengan kata-kata pujian dan penghargaan. Ia dapat memotivasikan orang yang menerimanya. ucapan yang baik dengan penuh kemesraan dapat memikat hati orang yang mendengarnya. oleh itu, rahsia orang yang hebat ialah apabila dia dapat mengeluarkan kata-kata yang menyenangkan hati orang lain.

PENAMPILAN YANG MENARIK

persepsi orang yang melihat kita banyak bergantung pada pakaian. hal ini kerana identiti seseorang banyak bergantung pada pakaian. manusia sangat senang melihat wajah kita jika kita berusaha mengubah diri menjadi yang terbaik. kemantapan dari segi fizikal, emosi dan spiritual harus seimbang supaya kita disayangi Allah s.w.t dan berjaya menawan hati orang. jika kita memberi kebaikan, kita juga akan menerima pulangan yang sama iaitu kebaikan.


nota hati: buat si dia yang mungkin terasa hati pada saya, demi Allah..saya minta maaf banyak-banyak.saya suka awak. saya sunyi bila kita "lost contact"..i'm sorry!!